Laman Utama

Sejarah Sek Keb Kampung Jaya


Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya dibina pada 1 Januari 1977. Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd Fadzil bin Haji Hasyim. Guru Besar sekarang ialah Encik Shallahuddin bin Jusoh.

Sekolah Kebangsaan Kampong Jaya terletak kira-kira 4.5 kilometer dari Pekan Sungai Tong melalui persimpangan 3 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong. Sekolah ini didirikan bagi menampung keperluan anak-anak pekerja lading sawit TDM Kampong Jaya, Sungai Tong. Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Kekurangan Murid (SKM). Bilangan murid semasa (2011) ialah seramai 40 orang terdiri dari anak-anak pekerja lading dan guru dengan tenaga pengajar 12 orang termasuk Guru Besar  serta 2 orang kakitangan sokongan. 7 orang lagi terdiri dari kakitangan kontrak.
Keluasan sekolah ini lebih kurang 8.5 ekar dengan hanya mempunyai 4 ekar kawasan berumput dan berbangunan. 1 bangunan 2 tingkat, 1 bangunan 1 tingkat, 2 kelas,1 kantin dan 2 kelas kabin yang baru siap dibina.

Walaupun sekolah ini kecil, penglibatan murid di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum tidak diabaikan. Sekolah ini pernah mendapat beberapa anugerah kejayaan di peringkat negeri, daerah dan juga zon.  Paling akhir sekolah ini mendapat Sijil Penghargaan dari PPD Setiu di atas pencapaian 100% Numerasi dan Literasi (NKRA 2010).